Duta China ke Israel ditemui meninggal dunia

Du Wei didakwa meninggal dunia secara semula jadi. - Foto Agensi
Du Wei didakwa meninggal dunia secara semula jadi. - Foto Agensi
A
A
A

HERZLIYA - Duta China ke Israel, Du Wei ditemui meninggal dunia di kediamannya di Herzliya, utara Tel Aviv semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan laporan awal mendapati kematian Wei disebabkan oleh masalah kesihatan dan berlaku secara semula jadi, namun mereka masih menunggu pengesahan tentang perkara itu.

Menurutnya, Beijing akan menghantar pasukan untuk membawa pulang mayat Wei.

Sementara itu, jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, diplomat berusia 57 tahun itu tiba di Israel pada pertengahan Februari lalu.

Menurutnya, pihak berkuasa telah dikerahkan ke rumah Wei sebagai sebahagian daripada prosedur biasa.

Difahamkan, Wei yang pernah berkhidmat sebagai Duta China ke Ukraine sebelum ini telah menjalani kuarantin selama 14 hari sejurus tiba di Israel.

Pada 2 April lalu, akhbar berbahasa Hebrew, Israel Hayom menerbitkan artikel beliau yang memperkatakan tentang Collaboration is the Cure for the Virus (kerjasama adalah cara untuk merawat virus). - AFP

Artikel Berkaitan: