X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga maut nahas tiga kenderaan di Wakaf Che Yeh

Keadaan kemalangan yang menyebabkan seorang peniaga meninggal dunia berhampiran Masjid Al-Tabiyah Al Islamiah, Wakaf Che Yeh pagi tadi. - Foto ihsan pembaca
A
A

KOTA BHARU - Seorang peniaga maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kereta berhampiran Masjid Al-Tabiyah Al Islamiah, Wakaf Che Yeh di sini pagi tadi.

Wan Mohd Isa Wan Abdullah, 33, dari Ketereh yang memandu kereta Proton Saga meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, berdasarkan siasatan, kejadian jam 7.15 pagi itu berlaku selepas kereta Perodua Bezza dipandu lelaki berumur 34 tahun dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta mangsa.

Akibat pelanggaran tersebut, kereta dinaiki mangsa dari Kuala Krai menghala ke Kota Bharu terbabas sebelum dilanggar pula oleh Myvi yang datang dari arah sama.

"Pemandu Bezza mengalami kecederaan di bahagian kepala dan mendapat rawatan di Zon Merah HRPZ II, manakala pegawai perubatan yang juga pemandu Myvi dari Peringat pula hanya mengalami kecederaan luar dan telah dibenarkan keluar hospital.

"Mayat mangsa dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus