Valentino Rossi tunda hasrat bersara

Valentino Rossi - Foto MotoGP
Valentino Rossi - Foto MotoGP
A
A
A

PELUMBA terkenal, Valentino Rossi menunda hasrat untuk bersara dalam dunia MotoGP tahun ini.

Sebaliknya, beliau akan meneruskan setahun lagi, gara-gara wabak koronavirus (Covid-19), lapor Daily Star.

Menurut Rossi, beliau tiada masalah dengan perlumbaan namun penularan Covid-19 memaksa semuanya ditunda dan dia berharap segalanya dapat diteruskan menjelang perlawanan pertama pada 9 Ogos mahupun September ini.

"Saya dalam situasi sukar, namun pilihan pertama saya adalah untuk meneruskannya.

"Saya memiliki motivasi yang cukup untuk saya teruskan perkara ini. Ianya penting untuk memahami peringkat pertandingan.

"Dalam fikiran, saya ada satu tahun lagi bersama kumpulan dan saya perlukan masa untuk buat keputusan," katanya.

Difahamkan, pembatalan perlumbaan pada Mac lalu susulan wabak Covid-19 turut menyebabkan Rossi gagal melengkapkan saingan sekali gus memanjangkan lagi tempoh kerjayanya.

Artikel Berkaitan: