MB Kedah pernah jadi Palapes rupanya...

Facebook Navy The Best memuat naik gambar beliau uniform PALAPES Laut ketika menuntut di USM.
Facebook Navy The Best memuat naik gambar beliau uniform PALAPES Laut ketika menuntut di USM.
A
A
A

SHAH ALAM - Figura Muhamad Sanusi Md Nor mulai mendapat perhatian masyarakat selepas dilantik menjadi Menteri Besar Kedah ke-14 bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam.

Mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam sains politik Universiti Sains Malaysia (USM), dan hari ini tersebar gambar ketika beliau melanjutkan pengajian di universiti itu.

Segak menyarung uniform Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Laut ketika menuntut di USM sekitar tahun 1990-an itu dikongsi akaun Facebook Navy The Best.

Posting dengan kaspyen, "Menteri Besar Kedah, orang kata ini gambar lama beliau semasa zaman belajar di USM (90an) dulu, pernah terlibat sebagai Palapes Laut USM kalau betul, Alhamdulillah."

Pada hantaran sama, pentadbir Facebook itu turut mengucapkan tahniah kepada Muhamad Sanusi di atas pelantikan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

Anak ketujuh daripada 13 beradik itu juga disifatkan seorang yang meminati bidang politik dan tegas serta lantang bersuara.

Sesuai dengan pelantikan beliau sebagai memimpin Kedah selepas diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim pada satu sidang media di Wisma Darul Aman.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri juga memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah sebelum ini dan menyandang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah bermula Mei 2018.

Artikel Berkaitan:

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah yang ke-11 iaitu Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Pelantikan ini juga menjadikan Muhammad Sanusi sebagai ADUN Pas kedua menjawat jawatan terbabit selepas kepimpinan Azizan bagi penggal 2008 hingga 2013.

Kerajaan Perikatan Nasional Kedah kini akan mentadbir negeri itu selepas memiliki sokongan 15 ADUN dari Pas, 4 ADUN dari Bersatu-PN, 2 daripada Barisan Nasional (BN) dan dua ADUN Bebas.

Pelantikan berkenaan selepas Pakatan Harapan (PH) kehilangan majoriti untuk mentadbir negeri apabila dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan keluar parti.