Muhyiddin tidak masuk campur kes Riza Aziz

Kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.
Kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam persetujuan melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz daripada pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, persetujuan itu dicapai oleh pihak pendakwaan dan tertuduh melalui representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Perdana Menteri mengulangi pendiriannya untuk tidak mencampuri urusan Pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman dalam membuat apa-apa keputusan berkaitan kes-kes jenayah di negara ini termasuk kes-kes berprofil tinggi," kata kenyataan itu.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

Khamis lalu, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza yang juga anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung lima pertuduhan membabitkan dirinya dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

Artikel Berkaitan: