Sorok 20 paket syabu dalam seluar dalam

Sejumlah 30,002 pil kuda dijumpai di bawah timbunan daun pisang di kawasan semak di rumah kedua milik suspek di alamat tanpa nombot di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Tumpat.
Sejumlah 30,002 pil kuda dijumpai di bawah timbunan daun pisang di kawasan semak di rumah kedua milik suspek di alamat tanpa nombot di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Tumpat.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis membongkar taktik licik seorang lelaki yang menyembunyikan 20 paket syabu dalam seluar dalam yang dipakai untuk dijual secara kecil-kecilan.

Modus operandi yang digunakan lelaki berusia 47 tahun itu diketahui ketika sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat melakukan serbuan di tepi rumah suspek di Kampung Kota Kubang Labu, Tumpat pada jam 9 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, suspek ditahan selepas berlaku pergelutan.

"Pemeriksaan di badan menemui uncang kecil yang mengandungi paket plastik berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu dengan anggaran berat 53.35 gram (g) di dalam seluar dalam yang dipakainya.

“Turut ditemui dalam uncang itu, dua pil kuda dan satu kerajang timah bertulis eramin 5 berisi sembilan pil,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini.

Beliau berkata, tangkapan suspek yang bekerja sebagai pemasang audio dan pendawai itu membawa kepada sebuah lagi rumahnya di alamat tanpa nombor di Kampung Kedemit, Wakaf Bharu, Tumpat pada jam 12.30 tengah malam, malam tadi.

Abdullah (tengah) menunjukkan dadah jenis pil kuda, syabu dan pil eramin 5 yang dirampas dalam dua lokasi serbuan membabitkan seorang suspek yang berasal dari Wakaf Bharu, Tumpat.
Abdullah (tengah) menunjukkan dadah jenis pil kuda, syabu dan pil eramin 5 yang dirampas dalam dua lokasi serbuan membabitkan seorang suspek yang berasal dari Wakaf Bharu, Tumpat.

“Suspek menunjukkan kepada polis kawasan semak di tepi rumah berkenaan yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah. Rumah kedua ini berjarak kira-kira 800 meter dari rumah pertama.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kedua itu menjumpai satu plastik hitam di bawah timbunan daun pisang yang mengandungi 30,002 pil kuda menjadikan keseluruhan dadah yang ditemui bernilai RM458,167,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Abdullah berkata, polis turut menyita harta berjumlah RM64,000 iaitu sebuah kereta jenis Honda Civic, Suzuki Swift, motosikal jenis Honda Heart Beat dan wang tunai RM4,000 yang dipercayai hasil jualan dadah.

Siasatan awal suspek yang sudah berkahwin itu mengaku mengambil bekalan dadah itu dari negara jiran dan dibawa ke rumah kedua sebagai transit sebelum diambil ke rumah pertama untuk dijual secara kecil-kecilan di sekitar daerah Kota Bharu serta Tumpat.

“Semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan urinnya positif dadah jenis metamphetamine.

“Kami percaya suspek mempunyai rangkaian lain dan dia ditahan reman selama enam hari sehingga 23 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.