Enam kedai warga asing ditutup, barangan disita

Antara premis yang ditutup.
Antara premis yang ditutup.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan tindakan khas ke atas premis yang dikendalikan warga asing tanpa kebenaran di sekitar Flat PKNS, Jalan Tun Razak dan Jalan Khoo Teik Ee, Bukit Bintang di sini hari ini.

Unit media DBKL menerusi Facebook rasminya memaklumkan, sebanyak enam premis melibatkan dua kedai runcit, dua restoran dan dua kedai aksesori telefon ditutup dan barangannya disita.

Menurutnya, tindakan itu dibuat selepas menerima aduan melalui rangkaian media sosial dan maklumat awam sebagai membantu menangani kebanjiran warga asing di ibu negara.

Tindakan penutupan premis dilakukan oleh penguatkuasa DBKL ke atas premis beroperasi tanpa kebenaran.
Tindakan penutupan premis dilakukan oleh penguatkuasa DBKL ke atas premis beroperasi tanpa kebenaran.

"Kesemua premis ini dikendalikan oleh warga asing dengan menyalahgunakan permit pekerjaan bukan sektor yang dibenarkan. Barangan yang disita di hantar ke stor sitaan DBKL untuk proses dokumentasi.

"Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut peruntukan dan prosedur operasi standard DBKL di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976," memetik kenyataan itu.

Katanya, tindakan dan pemantauan yang berterusan akan dilaksanakan dari masa ke masa.

Terdahulu, DBKL memaklumkan akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Artikel Berkaitan: