X

Kindly register in order to view this article
!

Tiada surat polis, sila patah balik!

Datuk Abd Jalil Hassan
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Polis Pahang mengarahkan sebanyak 44 kenderaan berpatah balik melalui sembilan sekatan jalan raya antara negeri semalam kerana tiada surat kebenaran polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, arahan itu membuktikan polis serius memastikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipatuhi secara maksimum.

"Dalam tempoh 24 jam pada 17 Mei, sebanyak 1,362 kenderaan diperiksa di sembilan sekatan jalan raya antara daerah dan negeri ini.

"Tangkapan keseluruhan pula ialah seramai 33 orang di bawah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa polis akan meningkatkan dan memperketatkan pemeriksaan di sekatan jalan bagi memastikan tiada cubaan merentas negeri secara 'curi-curi'.

Menurutnya, hanya pergerakan rentas negeri memerlukan surat kebenaran polis manakala pergerakan rentas daerah tidak perlu namun mesti atas sebab munasabah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!