Covid-19: Kes meningkat di India 5,000 kes positif sehari

Kes Covid-19 di India kini melepasi 95,000 dengan korban melebihi 3,000.
Kes Covid-19 di India kini melepasi 95,000 dengan korban melebihi 3,000.
A
A
A

NEW DELHI - Jumlah kes positif Covid-19 di India meningkat sehingga lebih 5,000 kes dalam tempoh sehari pada Ahad.

Kes Covid-19 di India kini melepasi 95,000 dengan korban melebihi 3,000.

Mengambil kira jumlah kes yang semakin meningkat, Kerajaan India melanjutkan sekatan pergerakan seluruh negara sehingga 31 Mei.

Walaupun kerajaan memutuskan untuk meneruskan sekatan pergerakan, terdapat beberapa aktiviti dan perniagaan akan diberi sedikit kelonggaran.

Bagaimanapun, perintah berkurung masih berkuatkuasa antara jam 7 malam hingga 7 pagi.

Pihak berkuasa tempatan sudah dimaklumkan supaya memastikan kedai dan pasar yang dibuka mengikut masa serta peraturan ditetapkan dan orang ramai mematuhi penjarakkan sosial serta dilarang berhimpun.

Sekolah, hotel, pusat beli-belah dan restoran masih ditutup dan perkhidmatan kereta api metro serta perjalanan udara masih digantung.

Artikel Berkaitan: