King cobra ditangkap di stesen kereta api

King Cobra ditemui di stesen kereta api di sini. - Foto Reuters
King Cobra ditemui di stesen kereta api di sini. - Foto Reuters
A
A
A

SINGAPURA - Seekor ular tedung King Cobra berjaya ditangkap sepasukan penyelamat haiwan yang ditemui di sebuah stesen kereta api di Singapura.

Lapor Reuters, pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas bagi menangkap reptilia berbisa yang melingkar di sebalik pokok hiasan di tepi stesen kereta api tersebut.

Melalui video yang dimuat naik di Twitter Reuters, ular berkenaan dimasukkan ke dalam tong biru dan difahamkan pasukan penyelamat melepaskan reptilia itu ke hutan berhampiran.

King Cobra ditemui di stesen kereta api di sini. - Foto Reuters
King Cobra ditemui di stesen kereta api di sini. - Foto Reuters

Video berkenaan tular di laman sosial dan menerima lebih 537,000 tontonan.

Ular King Cobra ialah ular berbisa di dunia. Satu gigitan mempunyai racun yang cukup untuk membunuh 20 orang pada satu masa.

Artikel Berkaitan: