X

Kindly register in order to view this article
!

KPDNHEP rampas 127 tong LPG

Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di sebuah premis tanpa nombor di Simpang Pulai yang didapati menjual LPG tanpa lesen. - Foto: Ihsan KPDNHEP Perak
A
A

IPOH - Sebuah stor simpanan gas petroleum cecair (LPG) disyaki tidak berlesen diserbu sepasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Simpang Pulai di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, V Ravichandran berkata, dalam serbuan pada jam 12 tengah hari itu, sebanyak 127 tong gas bersubsidi pelbagai jenama bernilai RM12,493.20 telah dirampas.

"Ketika serbuan, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun mengaku sebagai pemilik stor didapati gagal mengemukakan lesen barang kawalan berjadual berurusniaga barang kawalan LPG di premis tersebut.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek memperoleh bekalan daripada dua pembekal LPG di Ipoh," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di sebuah premis tanpa nombor di Simpang Pulai yang didapati menjual LPG tanpa lesen. - Foto: Ihsan KPDNHEP Perak
Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP menjalankan pemeriksaan di sebuah premis tanpa nombor di Simpang Pulai yang didapati menjual LPG tanpa lesen. - Foto: Ihsan KPDNHEP Perak

Menurutnya, suspek diarahkan untuk membuat pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sitaan dibuat termasuk 158 dokumen.

"Lelaki itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala pembekal di siasat di bawah Seksyen 20(1) akta yang sama.

"Pembekal juga akan disiasat kerana melanggar Peraturan 9(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu kesalahan menjual barang kawalan berjadual kepada kepada individu," katanya.

Ravichandran berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya manakala denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan terhadap syarikat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!