Sanusi mula tugas sebagai MB Kedah hari ini

Muhammad Sanusi mengetip kad perakam waktu sebelum memulakan tugas hari pertama sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Muhammad Sanusi mengetip kad perakam waktu sebelum memulakan tugas hari pertama sebagai Menteri Besar Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Beliau mengetip kad perakam waktu pada jam 8.43 pagi tadi di pejabatnya di Wisma Darul Aman.

Muhammad Sanusi kemudian meluangkan masa beramah mesra dengan kakitangan pejabat Menteri Besar sebelum memulakan tugas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar ke-14 di hadapan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah semalam.

Beliau menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas ADUN Jitra itu melepaskan jawatan selepas hilang kepercayaan ADUN Kedah apabila Perikatan Nasional beroleh 23 sokongan ADUN.

ARTIKEL BERKAITAN Muhammad Sanusi pemimpin mesra, mudah didekati

Sanusi sah Menteri Besar Kedah baharu

Artikel Berkaitan: