Pembangkang tidak puas hati sidang Dewan Rakyat sehari

 Persidangan Dewan Rakyat esok tidak boleh dielakkan untuk melengkapkan syarat demokrasi negara walaupun berlangsung sehari tanpa perbahasan.
Persidangan Dewan Rakyat esok tidak boleh dielakkan untuk melengkapkan syarat demokrasi negara walaupun berlangsung sehari tanpa perbahasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Walaupun wujud bantahan, persidangan Dewan Rakyat esok tidak boleh dielakkan untuk melengkapkan syarat demokrasi negara walaupun berlangsung sehari tanpa perbahasan.

Keputusan itu mendapat bantahan dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang yang berpendapat persidangan Dewan Rakyat perlu berjalan lebih lama walaupun bersidang pada musim pandemik koronavirus (Covid-19).

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, ahli Parlimen pembangkang mempunyai pelbagai persoalan untuk diajukan kepada kerajaan termasuk mengenai Covid-19.

"Ahli Parlimen harus diberi peluang untuk membahas isu Covid-19 ini," kata Nie Ching yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pendidikan ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok menerusi catatan di Facebook turut mempertikaikan keputusan kerajaan itu, untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat selama sehari sahaja.berdepan dengan parti pembangkang yang sebelum ini dikatakan bakal membuat usul undi tidak percaya terhadapnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, menjelang sidang Parlimen hari ini, persoalan masih menunggu jawapan ialah bilakah undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri akan dibentangkan di Parlimen?

Menurutnya, selagi Perdana Menteri belum lepas dan lulus ujian undi tidak percaya yang telah dikemukakan kepada Dewan Rakyat dan diterima oleh Speaker, maka status Muhyiddin masih kekal sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti. Kabinetnya ialah kabinet kerajaan minoriti.

"Sebuah kerajaan minoriti hanya bersifat sementara keabsahannya (legitimacy). Muhyiddin mesti dalam masa yang segera pada peluang yang ada membuktikan beliau mempunyai cukup ahli Parlimen menyokongnya untuk menunjukkan bahawa kerajaannya adalah sebuah kerajaan majoriti, hatta dengan majoriti yang mudah seramai 112 orang sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar daripada UMNO, mengakui sidang Dewan Rakyat kali ini lebih mencabar berbanding sidang-sidang sebelumnya.

“Kalau tengok dalam Perikatan Nasional (PN) sekarang, semua ahli Parlimen pernah jadi pembangkang. Begitu juga dalam Pakatan Harapan (PH), semuanya pernah jadi kerajaan.

"Maknanya baik PN atau PH, masing-masing sudah tahu selok-belok dan pengalaman jadi kerajaan dan pembangkang. Tapi saya rasa tak mustahil Parlimen esok kecoh sebab PH ini kalau tengok macam orang sedang meroyan. Orang meroyan ini dia boleh buat macam-macam,” kata Noh kepada Sinar Harian mengenai jangkaannya.

Bagaimanapun, beliau berpendapat dalam musim pandemik Covid-19 bukanlah masa terbaik bermain politik apatah lagi keadaan politik negara sudah terlalu lama larut dalam kekecohan perebutan kuasa antara dua pemimpin veteran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.