Covid-19: 5,000 maut dalam 24 jam

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang merekodkan kematian tertinggi dengan hampir 90,000 kes.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang merekodkan kematian tertinggi dengan hampir 90,000 kes.
A
A
A
Angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 314,000 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang merekodkan kematian tertinggi dengan hampir 90,000 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali berada pada kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan 34,000 dan 31,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima ialah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,000 dan 27,000 kes.

Negara lain merekodkan angka maut Covid-19 bawah 10,000 kes.- AWANI

Artikel Berkaitan: