Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...

 Paparan skrin permohonan maaf terhadap Ustazah Nur Farhana dan keluarga.
Paparan skrin permohonan maaf terhadap Ustazah Nur Farhana dan keluarga.
A
A
A

KISAH sebenar kehilangan ustazah, Nur Farhana Ibrahim sejak 15 Januari lalu masih menimbulkan tanda tanya hingga mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat.

Ditemui selamat setelah muncul di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuala Kangsar kira-kira 3.15 petang kelmarin, namun misteri kehilangan Nur Farhana selama empat hari menjadi topik hangat netizen di media sosial.

Ribuan netizen bersimpati atas apa yang menimpa ustazah dengan memberi maklum balas berhubung kehilangannya di portal media tempatan.

Bagaimanapun dalam ribuan itu, netizen sempat melakukan paparan skrin pada satu komen berunsur tuduhan yang mengaibkan Nur Farhana.

Akibat perbuatan itu, individu berkenaan 'diserang' oleh netizen ekoran kata-kata kurang sopan malah tidak sensitifnya selain mempersendakan penyakit kemurungan yang dialami ustazah berkenaan.

Malah dia juga telah menuduh guru Pendidikan Islam itu melakukan perbuatan terkutuk selepas laporan penemuannya didakwa tidur di sebuah surau selama kehilangannya.

Mungkin kerana tidak tahan dihentam netizen, akhirnya pemilik akaun berkenaan tampil memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Ustazah Nur Farhana atas kata-kata biadab di ruang komen Facebook berita Sinar Harian dan media tempatan lain.

"Assalamualaikum, saya ingin mohon maaf secara terbuka atas kebiadaban saya komen di berita Sinar Harian, Harian Metro dan lain-lain jika ada.

Artikel Berkaitan:

"Saya seorang naif dan bertindak mengikut perasaan serta mengalami tekanan jiwa secara melulu membuat komen kepada pihak tuan dan puan," tulisnya.

Malah katanya, dia juga tidak teragak-agak untuk bertemu dengan keluarga ustazah berkenaan bagi membuat permohonan maaf secara bersemuka.

Bagaimanapun sejurus permohonan maaf itu, individu tersebut dipercayai menyah aktif akaun Facebook miliknya.

Dalam pada itu, netizen, Hanif Ibrahim berkata, insiden ini perlu dijadikan pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kata-kata di media sosial.

"Pengajaran juga untuk orang lain... Lain kali kena berwaspada sebelum berkata-kata... silap perbuatan boleh dimaafkan lagi, silap 'type' dalam Facebook akan di 'screenshot'...

"Bro, pi jumpa keluarga ustazah itu mintak maaf... Chill," katanya.