Nyaris maut, kereta terbalik dalam longkang

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap seleaps kereta dipandunya terbalik masuk parit di Parit Semerah, Taman Saujana, Pontian, Johor hari ini.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap seleaps kereta dipandunya terbalik masuk parit di Parit Semerah, Taman Saujana, Pontian, Johor hari ini.
A
A
A

PONTIAN - Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbalik ke dalam parit dipenuhi air di Parit Semerah, Taman Saujana di sini hari ini.

L Vakisnan, 24, turut berdepan detik cemas akibat terperangkap disebabkan pintu gagal dibuka berikutan separuh badan kereta ditenggelami air.

Dalam kejadian jam 10.33 pagi itu, mangsa yang memandu kereta Proton Wira melanggar belakang sebuah kereta Perodua Kancil sebelum terbabas dan masuk dalam parit.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Abdullah Sani Md Jani berkata, mangsa berjaya dikeluarkan menerusi bahagian belakang pintu kereta selepas sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian pada jam 10.36 pagi.

"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan dibawa ambulan milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Pontian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Katanya, pemandu Perodua Kancil, Yatim Loso, 60, terselamat dan operasi ditamatkan pada jam 10.57 pagi.

Artikel Berkaitan: