Suri rumah cedera MPV terbabas masuk longkang

MPV dipandu mangsa terbabas ke dalam longkang di Jalan Puchong Utama 12/1 Puchong Utama semalam.
MPV dipandu mangsa terbabas ke dalam longkang di Jalan Puchong Utama 12/1 Puchong Utama semalam.
A
A
A

PUCHONG - Seorang suri rumah cedera apabila kereta dipandunya terbabas hingga terjatuh ke dalam longkang di Jalan Puchong Utama 12/1 Puchong Utama, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, ketika kejadian wanita tersebut memandu kereta jenis Perodua Alza.

"Siasatan awal dijalankan mendapati ketika kejadian mangsa memandu seorang diri dan cuba mengelak sebuah kenderaan lain.

"Akibat daripada itu, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan dipandunya mengakibatkan kereta mangsa hilang kawalan, terbabas dan tercampak ke dalam longkang," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa cuma cedera ringan.

Artikel Berkaitan: