X

Kindly register in order to view this article
!

43 ditahan dalam 'parti lalok'

Seramai 43 individu ditahan polis kerana terlibat dalam parti liar yang dianjurkan di sebuah inap desa, Taman Sri Penawar, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, hari ini.
A
A

KOTA TINGGI - Seramai 43 individu yang sedang leka berhibur dalam satu parti liar ditahan di sebuah inap desa di Taman Sri Penawar, Bandar Penawar, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ashmon Bajah berkata, sepasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan Balai Polis Bandar Penawar menahan mereka pada jam 2 pagi.

Menurut beliau, kesemua suspek berusia dari 15 hingga 25 tahun dan 11 daripada mereka adalah wanita.

"Ujian saringan air kencing mendapati 31 daripada mereka positif dadah jenis ganja dan methamphetamine.

"Siasatan mendapati suspek datang dari sekitar Kota Tinggi dan Johor Bahru. Mereka baru satu malam menyewa di inap desa itu dengan bayaran RM144," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Seramai 43 individu ditahan polis kerana terlibat dalam parti liar .
Seramai 43 individu ditahan polis kerana terlibat dalam parti liar .

Menurutnya, mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi untuk siasatan lanjut manakala semakan mendapati empat daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Beliau memberitahu, mereka direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seks en 170 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 15 Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus