KKM belum guna plasma pesakit Covid-19 yang sembuh

Reza Huzairi Zainuddin, 41, menjadi bekas pesakit Covid-19 pertama mendermakan plasma darah pada 2 April lalu.
Reza Huzairi Zainuddin, 41, menjadi bekas pesakit Covid-19 pertama mendermakan plasma darah pada 2 April lalu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat ini belum menggunakan plasma yang diperoleh daripada pesakit positif yang telah sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana ia masih belum ada keperluan untuk berbuat demikian buat masa ini apatah lagi, jumlah pesakit yang dikategorikan di peringkat empat atau lima adalah berkurangan.

"Setakat ini, kita ada sembilan pesakit yang mendermakan plasma darah mereka untuk penyelidikan dan digunakan pesakit. Tiga daripada mereka menderma sebanyak dua kali dan kita ada 22 pek plasma setakat ini.

"Kita sudah ada tapi tidak digunakan setakat ini dan sekiranya ada keperluan, kita akan gunakan.

"Kita telah salurkan plasma ini bukan sahaja di Kuala Lumpur tapi Kuching Sarawak dan Sabah tapi isunya bila kita boleh gunakan," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan koronavirus (Covid-19) di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan pesakit Covid-19 yang telah sembuh menderma plasma mereka.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Pegawai UDA Holdings derma plasma, uji serum rawatan Covid-19

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham turut menjelaskan penggunaan ubat anti viral, Remdesivir yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk rawatan Covid-19 dilihat tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pesakit.

"Setakat ini kita ada ada sembilan hospital yang telah masuk dalam kumpulan kajian dan ubat itu kita telah terima untuk 100 pesakit tapi sekarang ini pesakit kita semakin kurang dan ubat ini kita gunakan untuk pesakit kategori empat dan lima sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Kita sudah memulakan pada pesakit kita di Hospital Sungai Buloh dan sembilan lagi masih kita laksanakan ujian dan ubat tersebut tapi masih dalam proses penggunaan.

"Tempoh dia dua minggu jadi kita lihat dan setakat ini tidak ada apa-apa masalah dari segi penggunaan ubat," katanya.