Covid-19: 22 kes baharu, tiada kematian

Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
Dr Noor Hisham Abdullah - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 22 kes baharu jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia meningkat kepada 6,894 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 22 kes baharu itu, lima melibatkan kes import dan selebihnya adalah penularan tempatan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 59 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 5,571 kes atau 80.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada kematian baharu akibat pandemik itu direkodkan hari ini.

Justeru, katanya, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes.

Artikel Berkaitan: