United terlalu cepat pecat Van Gaal

Rooney bersama Van Gaal suatu ketika dahulu. -Foto Football5star.
Rooney bersama Van Gaal suatu ketika dahulu. -Foto Football5star.
A
A
A

BEKAS kapten Manchester United Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils itu terlalu cepat membuat keputusan untuk memecat pengendali dari Belanda, Louis Van Gaal.

Menurut Rooney dia sebenarnya agak terkejut dengan keputusan berkenaan kerana yakin United mungkin akan menjadi lebih kuat di bawah kendalian Van Gaal.

“Saya terkejut bila Van Gaal dipecat. Bagi saya, ia sesuatu yang menggembirakan bekerja di bawah seliaannya dan sepatutnya, kita mengekalkan khidmatnya untuk musim ketiga kerana kita boleh menjadi lebih kuat.

“Saya berani katakannya kerana saya dapat rasakan banyak perkara sedang meningkat dalam pasukan terutamanya pemain sudah mula memahami visi yang dibawanya.

“Saya akui dalam tempoh dua tahun itulah saya belajar sesuatu yang tidak pernah dipelajari di bawah seliaan mana-mana pengurus sebelum ini.

“Ini yang membuatkan saya tidak melupakan Van Gaal. Bukan kerana menjadikan saya kapten pasukan, tetapi atas segala amanah dan kepercayaan terhadap saya,” katanya.

Untuk rekod, Van Gaal dipecat pada musim 2016, biarpun sebelum itu membantu United memenangi Piala FA.

Van Gaal digantikan dengan Jose Mourinho yang kemudiannya mengemudi skuad The Red Devils itu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017 – 18 dengan berada pada kedudukan kedua.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Rooney yang kini bertindak selaku pemain serta jurulatih bagi skuad Liga Kejuaraan, Derby County mengakui mahu menjadi seorang pengurus dan kemudiannya bekerjasama dengan Van Gaal.

Katanya, jika hasratnya itu menjadi kenyataan ia akan menjadi pengalaman yang tidak ternilai buat dirinya.

“Kesebelasan utama kita sebenarnya sudah cukup baik untuk beraksi bersama pasukan ‘top four’ EPL.

“Tetapi bila wujud masalah kecederaan, pemain kita sebenarnya ditimpa kesusahan berikutan kita tidak memiliki pemain simpanan yang sama kualiti dengan pemain sedia ada.

“Sebab itulah yang mahu menjadi seorang pengurus bola sepak,” katanya.