Nelayan bantu halang pencerobohan PATI

Nor Azman (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ab Rauf selepas program Sumbangan Telur Secara Pandu Lalu di Taman Tangga Batu Permai, di sini hari ini.
Nor Azman (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Ab Rauf selepas program Sumbangan Telur Secara Pandu Lalu di Taman Tangga Batu Permai, di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Nelayan khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor perlu bertindak sebagai 'mata dan telinga' pihak berkuasa selain memantau beberapa pangkalan dari Sungai Lereh hingga ke Pantai Kundor bagi mengekang pencerobohan pendatang tanpa izin (PATI).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan berkata, peranan dan kerjasama komuniti itu penting berikutan DUN berkenaan terletak di pesisir pantai dan berisiko menjadi 'laluan tikus' untuk PATI pulang ke negara asal mahu pun menceroboh masuk ke negara ini.

Menurutnya, mereka yang mengesan sebarang tindakan mencurigakan daripada individu tertentu perlu segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

"Saya yakin nelayan tidak akan bersubahat dalam hal seperti ini bagi memastikan perairan dan kedaulatan negara terpelihara selain inisiatif berjaga dan berkawal pada malam untuk menghalang pencerobohan PATI," katanya.

Sebahagian penduduk mengambil peluang mendapatkan telur percuma secara pandu lalu pada program itu.
Sebahagian penduduk mengambil peluang mendapatkan telur percuma secara pandu lalu pada program itu.

Nor Azman berkata demikian selepas program Sumbangan Telur Secara Pandu Laju yang disempurnakan Speaker DUN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Taman Tangga Batu Permai, di sini hari ini.

Dalam program itu, sebanyak 1,000 papan telur disampaikan kepada orang ramai.

Jelas Nor Azman, program berkenaan bertujuan meringankan beban penduduk di kawasan berkenaan untuk membuat persiapan raya yang tinggal hanya beberapa hari lagi.

Artikel Berkaitan:

"Kelainan program pada kali ini apabila dilakukan secara pandu lalu dengan mementingkan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tanpa mengira latar belakang penerima," katanya.

Sementara itu, Ab Rauf turut mencadangkan wakil rakyat di negeri ini mencari peluang terbaik dan menggunakan kaedah kreatif membantu rakyat dalam keadaan normal baharu.