X

Kindly register in order to view this article
!

Detik cemas terperangkap dalam lif

Anggota bomba menggunakan kunci lif bagi menyelamatkan dua mangsa yang terperangkap dalam lif. - Foto ihsan bomba
A
A

TAIPING - Dua individu berdepan detik mencemaskan apabila terperangkap dalam lif di Stesen Keretapi Taiping di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa wanita berusia 20 dan lelaki berusia 52 tahun itu dilaporkan tidak cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.06 pagi.

"Anggota dikerah dalam operasi membantu menyelamat kedua-dua mangsa berkenaan selepas terperangkap hampir 10 minit.

"Anggota menggunakan kunci lif untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang selamat berjaya dikeluarkan dan operasi tamat pada jam 8.14 pagi.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!