'Saya diberitahu Thomas setuju secara prinsip terhadap DNAA Riza Aziz'

Idrus
Idrus
A
A
A

KUALA LUMPUR - Peguam Negara (AG), Tan Sri Idrus Harun berkata, beliau dinasihat bahawa bekas AG, Tan Sri Tommy Thomas telah bersetuju kepada cadangan yang secara prinsipnya bagi penyelesaian terhadap pertuduhan pengubahan wang haram Riza Shahriz Abdul Aziz.

Idrus dalam kenyataan media hari ini berkata, keputusan bagi pendakwa memohon kepada Mahkamah Sesyen pada 14 Mei bagi pihak Riza diberi pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ke atas kelima-lima pertuduhan juga dibuat selepas perbincangan antara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan peguam Riza.

“Saya telah dinasihati bahawa bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas selepas meneliti surat representasi melalui satu minit bertarikh 19 Nov, 2019 telah memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas beliau bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

“Saya selanjutnya telah dinasihatkan bahawa Datuk Seri Gopal Sri Ram setelah berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Latheefa Koya, telah mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam representasi itu diterima oleh SPRM. Saya juga telah dinasihatkan bahawa Tan Sri Tommy Thomas telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan itu. Ini telah membuka jalan kepada rundingan lanjut dan perancangan mekanisme yang perlu diambil, diadakan,” katanya.

Beliau berkata, pada 11 Mac 2020, pihak Peguam Cara telah menghantar satu lagi surat representasi mengukuhkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini dan memberi aku janji bahawa, jika Riza Aziz gagal untuk mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan, kelima-lima pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya dikekalkan.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: