City rugi jual Sancho

Tindakan Guardiola (kiri) melepaskan Sancho tiga tahun lalu dikatakan sebagai kerugian kepada pasukan Manchester City.
Tindakan Guardiola (kiri) melepaskan Sancho tiga tahun lalu dikatakan sebagai kerugian kepada pasukan Manchester City.
A
A
A

Legenda Jerman, Lothar Matthaus masih tertanya-tanya mengapa pengendali Manchester City, Pep Guardiola melepaskan Jadon Sancho ke kelab Jerman, Borussia Dortmund pada 2017.

“Saya masih ingat kali pertama saya melihat Sancho beraksi. Ketika itu saya menonton perlawanan bola sepak di gimanusim dan saya bertanyakan kepada seorang rakan, siapakah (pemain) yang beraksi di posisi sayap kiri England.

“Kawan saya memberitahu pemain itu ialah Sancho dan beraksi bersama Manchester City. Kemudian saya katakan kepadanya Sancho adalah pemain yang hebat, namun enam bulan kemudian saya terkejut apabila dia (Sancho) menandatangani kontrak dengan Dortmund.

“Ketika itu saya terfikir, bagaimanakah Guardiola boleh melepaskan pemain muda yang hebat seperti Sancho. Ia satu kerugian apabila anda melepaskan pemain seperti Sancho kerana dia masih muda,” katanya.

Sebagai rekod, Sancho berpindah ke Signal Iduna Park dengan nilai 8 juta pound (RM42.1 juta) setelah dia menolak tawaran baharu kerana bimbang tidak mendapat tempat dalam skuad utama City.

Malah, Guardiola berkata, pihaknya telah cuba sedaya upaya untuk memujuk Sancho kekal di Etihad, namun pemain berusia 20 tahun itu percaya dia boleh mendapatkan lebih minit bermain apabila bersama pasukan lain.

Artikel Berkaitan: