24 pekerja migran maut di India

Polis mengumpul barangan mangsa yang terbabit dalam nahas jalan raya di Uttar Pradesh awal hari ini. - Foto Agensi
Polis mengumpul barangan mangsa yang terbabit dalam nahas jalan raya di Uttar Pradesh awal hari ini. - Foto Agensi
A
A
A
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh selepas dua trak membawa pekerja migran bertembung di India awal hari ini.

Kejadian di daerah Auraiya di Uttar Pradesh itu turut menyebabkan 36 yang lain cedera dengan kebanyakan mangsa kritikal.

Difahamkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung masing-masing selepas hilang pekerjaan akibat pelaksanaan perintah 'lockdown' di seluruh negara bagi mengekang koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri, Narendra Modi menyifatkan kemalangan tersebut sebagai tragis. - AFP
Artikel Berkaitan: