X

Kindly register in order to view this article
!

Lima komputer, dua pendingin hawa PKD lesap

Keadaan jeriji tingkap yang dipotong penjenayah.
A
A

JEMPOL - Lima buah komputer dan dua pendingin hawa di Pusat Komuniti Desa (PKD) Serting Ilir di sini hilang dipercayai dicuri ketika premis berkenaan tidak beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengurusnya, Nurulazma Shafiqah Khairul Azhar berkata, beliau menyedari kehilangan peralatan itu ketika datang ke pusat berkenaan Selasa lalu untuk menyiapkan laporan kerosakan siling pejabat.

Menurutnya, kebiasaannya beliau akan ke PKD bagi membuat pemantauan berkala memandangkan pusat berkenaan tidak beroperasi sepanjang PKP.

Pengurus PKD menyedari kehilangan lima buah komputer dan dua buah pendingin hawa pusat itu semasa hadir untuk membuat laporan kerosakan siling.
Pengurus PKD menyedari kehilangan lima buah komputer dan dua buah pendingin hawa pusat itu semasa hadir untuk membuat laporan kerosakan siling.

"Masa samai kira-kira jam 11 pagi saya tengok jeriji tingkap bilik pelupusan sudah dipotong dan apabila periksa bahagian dalam pusat itu saya dapati lima buah komputer dan dua buah pendingin hawa sudah tiada.

"Kesemua barang yang hilang itu diletakkan di dalam bilik komputer satu dan dua," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui hari ini.

Katanya, kali terakhir beliau datang ke pusat itu pada tengah hari Ahad lalu iaitu dua hari sebelum barang berkenaan disedari dicuri.

"Sepanjang lapan tahun berkhidmat di sini, ini kejadian pertama berlaku sehingga menyebabkan kerugian lebih kurang RM10,000.

"Barangan yang hilang tersebut adalah hak milik kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB)," katanya.

Nurulazma berkata, susulan kejadian itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Kikir pada hari sama pada jam 12.21 tengah hari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus