Industri kelulut negara terus diperkasa

Che Abdullah (dua dari kanan) mendengar penerangan yang disampaikan oleh Azman (kiri) berkenaan kelulut peliharaannya.
Che Abdullah (dua dari kanan) mendengar penerangan yang disampaikan oleh Azman (kiri) berkenaan kelulut peliharaannya.
A
A
A

PASIR MAS - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan memperkasakan lagi industri madu kelulut di negara ini bagi memastikan produk itu mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, promosi hebat akan dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan produk madu kelulut sebagai 'super food'.

"Sebagaimana yang kita sedia maklum kelulut mempunyai pelbagai khasiat sekali gus membuka peluang untuk membawa produk ini ke pasaran antarabangsa," katanya.

Azman (kanan) memberi peluang Che Abdullah merasa sendiri bagaimana proses pengambilan madu kelulut dilakukan.
Azman (kanan) memberi peluang Che Abdullah merasa sendiri bagaimana proses pengambilan madu kelulut dilakukan.

Beliau berkata demikian selepas meninjau masalah lambakan madu kelulut yang dihadapi oleh seorang pengusaha Azman Abdul Ghani, 49, di Kampung Tok Derpah di sini ekoran penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Hadir sama Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad dan Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Norbahani Zakaria.

Penularan Covid-19 itu menyebabkan Azman gagal memasarkan stok madu kelulut miliknya seberat 700 kilogram (kg).

Che Abdullah berkata, sebagai langkah awal, kerajaan menerusi FAMA telah mempelawa Azman memasarkan madu kelulutnya menggunakan platfrom secara dalam talian menerusi Agrobazzar Online di bawah seliaan agensi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, FAMA turut menawarkan tapak perniagaan kepada Azman untuk mempromosikan produk madu kelulutnya di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan.

Dalam pekembangan lain, Che Abdullah berkata, kementerian akan terus memberikan respons segera kepada pengusaha produk pertanian atau makanan yang berdepan masalah sepanjang penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

3.Azman (dua dari kanan) dan isteri menunjukkan produk madu kelulut mereka kepada Che Abdullah (dua dari kiri), Wan Nora (kiri) dan Norbahani (kanan).
3.Azman (dua dari kanan) dan isteri menunjukkan produk madu kelulut mereka kepada Che Abdullah (dua dari kiri), Wan Nora (kiri) dan Norbahani (kanan).

Katanya, setiap laporan sepanjang Covid-19 dan PKP yang diterima menerusi bilik gerakan akan terus diberikan respons dengan kadar segera.

Sementara itu, Azman mengakui berdepan kesukaran memasarkan madu kelulut kerana pemborong tempatan dan luar Kelantan tidak dapat datang ke rumahnya untuk mendapatkan bahan itu sepanjang PKP.

Katanya, dia cuba untuk mengepos tetapi syarikat pengendali tidak mahu mengambil risiko kerana khuatir botol madu kelulut akan pecah atau tumpah dan memberi kesan kepada barangan lain.

"Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri (Datuk Che Abdullah) yang turun padang dan memberikan respons segera sebaik sahaja laporan dibuat," katanya.