'Mahathir jangan bersikap hipokrit'

Mahathir
Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersikap hipokrit dengan mengatakan beliau ‘tertanya-tanya’, keliru dan tidak faham terhadap suatu keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara dan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan kes Riza Shahriz Abdul Aziz di akhir tahun 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tindakan Dr Mahathir tidak munasabah dan kerajaan berharap beliau tidak terus bertindak mengelirukan rakyat dengan mengatakan beliau ‘keliru’.

"Kerajaan Perikatan Nasional akan terus bertindak mengikut undang-undang dan berpegang kepada prinsip kebebasan badan kehakiman dan proses perundangan yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Riza Aziz dilepas tanpa dibebaskan

Dr Mahathir dalam satu siaran di Facebook hari ini berkata, beliau keliru dan tertanya-tanya terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kelmarin yang melepas tanpa membebaskan Riza yang juga anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, keputusan itu menimbulkan tanda-tanya dan mencetuskan kebimbangan kelak pada masa hadapan seseorang yang telah mencuri duit yang banyak dengan mudah dibebaskan semula kerana dia memulangkan duit tersebut.

Kelmarin, Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza berhubung lima pertuduhan membabitkan dirinya dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Azman Ahmad membenarkan permohonan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah perkara itu tertakluk kepada tertuduh memenuhi perjanjian di pihaknya.

Artikel Berkaitan: