Selangor rangka pelan wujudkan peluang kerja buat belia

Mohd Khairuddin
Mohd Khairuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sedang merangka dasar bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan khususnya untuk golongan belia di negeri ini bagi mengatasi isu pengangguran yang dijangka meningkat ekoran pandemik Covid-19.

Exco Pembangunan Generasi Belia & Sukan dan Pembangunan Insan Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, antara usaha berkenaan ialah meneroka peluang yang dapat dimanfaatkan menerusi sektor ekonomi gig yang kini semakin popular.

Beliau berkata, kerajan negeri sebelum ini sudah melaksanakan beberapa program seperti pertandingan e-Sport yang mendapat penyertaan hampir 25,000 dalam tempoh dua minggu pelaksanaan.

"Kita sentiasa berusaha menyediakan perancangan terbaik untuk belia yang terkesan bagi meneruskan kehidupan dan menempuh norma baharu pasca Covid-19," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, jumlah pendaftaran penyertaan bagi pertandingan e-Sport sebelum ini secara keseluruhan amat memberangsangkan dan program seperti ini akan diteruskan.

Tambah Khairuddin, bersempena sambutan Hari Belia, kerajaan Selangor turut menyampaikan penghargaan kepada golongan belia yang menjadi tunjang penting pembangunan negara.

Katanya, sehingga kini seramai 2.9 juta belia berusia antara 15 hingga 40 tahun di Selangor yang bekerja dalam semua sektor di negeri ini.

Artikel Berkaitan: