'Tiada siapa mampu tandingi Ronaldo'

RONALDO
RONALDO
A
A
A

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo akan terus menjadi pemain tonggak buat kelab dan negaranya untuk tempoh beberapa tahun lagi walaupun sudah meniti usia persaraan.

Rakannya dalam pasukan kebangsaan Portugal, Bernardo Silva berkata, Ronaldo tidak pernah menunjukkan sifat mengalah dan mahu berhenti daripada mengapai kejayaan demi kejayaan dalam kariernya.

"Walaupun dia sudah berusia 35 tahun dan telah bermain selama 15 tahun di peringkat tertinggi, tetapi dia tidak pernah kenal erti penat. Dia selalu inginkan lebih lagi dalam kariernya.

"Saya rasa apa yang menjadikan dia hebat adalah mentalitinya. Dia mahu terus menang Liga Juara-Juara, mahu menang lebih banyak kejuaraan bersama Portugal dan mahu lebih banyak gol," katanya.

Ronaldo memulakan karier profesionalnya pada tahun 2002 memenangi banyak anugerah buat dirinya, kelab dan negara selain muncul antara penjaring terbanyak di dunia dengan lebih daripada 700 gol.

Silva yang juga tonggak tengah Manchester City menyifatkan Ronaldo sebagai pemain luar biasa sama ada dalam perlawanan atau ketika sesi latihan.

"Apa yang paling menyakitkan hati adalah ketika sesi latihan. Anda bermain dalam sesi latihan dan situasi satu lawan satu. Dia sentiasa mahu menang. Apabila pengurus kata siapa yang jaringkan gol, dia akan menang. Maka orang itu adalah Ronaldo.

"Jika dalam perlawanan anda tidak tahu sama ada anda akan menang atau tidak, anda hanya perlu memberikan bola kepadanya dan dia akan menentukan.

Artikel Berkaitan:

“Sebab itu dia menjadi seorang yang sangat istimewa dan pada usianya ketika ini, dia masih berada pada tahap terbaik. Tiada siapa yang mampu menandinginya," katanya.