Enam syarikat bayar zakat perniagaan berjumlah RM37.6 juta

Ahmad Shukri (kiri) turut menerima sumbangan untuk Tabung Musaadah Covid-19 daripada enam syarikat.
Ahmad Shukri (kiri) turut menerima sumbangan untuk Tabung Musaadah Covid-19 daripada enam syarikat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pusat Pungutan Zakat–Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM37,623,209.67 daripada enam syarikat korporat pada Majlis Zakat Korporat 2020 di Kompleks Islam Putrajaya di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan enam syarikat yang menunaikan Zakat Perniagaan ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebanyak RM16 juta, Lembaga Tabung Haji (RM7,994,661.23), Bank Islam Malaysia Berhad (RM5,665,101), Amanah Hartanah Bumiputera (RM3,429,447.44), UDA Holdings Berhad (RM3,700,000) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM834,000).

Pada majlis yang sama, PPZ-MAIWP turut menerima sumbangan sebanyak RM2,250,000 untuk Tabung Musaadah COVID-19 PPZ daripada Bank Pembangunan Malaysia Berhad yang menyumbangkan RM1 juta, Lembaga Tabung Haji (RM500,000), Maybank Berhad (RM350,000), CIMB Islamic Bank Berhad (RM300,000) dan Cagamas Berhad serta UDA Holdings Berhad yang masing-masing menyalurkan RM50,000.

Che Mat (depan dua dari kiri) menerima zakat perniagaan berjumlah RM37,623,209.67 dengan disaksikan oleh Zulkifli (depan dua dari kanan) di Kompleks Islam Putrajaya semalam.
Che Mat (depan dua dari kiri) menerima zakat perniagaan berjumlah RM37,623,209.67 dengan disaksikan oleh Zulkifli (depan dua dari kanan) di Kompleks Islam Putrajaya semalam.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff.

Ahmad Shukri berkata, penganjuran Majlis Zakat Korporat 2020 bertujuan menggalakkan syarikat-syarikat korporat membayar zakat perniagaan mereka agar lebih ramai golongan asnaf di Wilayah Persekutuan dapat dibantu.

Menurutnya, setakat April 2020, PPZ-MAIWP telah mengutip zakat perniagaan sebanyak RM47,232,417.96 berbanding tahun lalu sebanyak RM40,295,505.06, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 17 peratus.

“PPZ-MAIWP mengucapkan terima kasih kepada syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat di PPZ-MAIWP atas keprihatinan dalam memahami situasi asnaf sekarang.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga ingin menyeru kepada semua umat Islam untuk segera menunaikan zakat lebih-lebih pada 10 hari terakhir Ramadan bagi meraih pahala berganda di samping dapat membantu lebih ramai asnaf yang memerlukan dalam keadaan yang sukar kini,” katanya.