Tanpa Piala FA, Piala Cabaran

Aksi Perak II dan Pulau Pinang sebelum ini. - Foto Perak TBG
Aksi Perak II dan Pulau Pinang sebelum ini. - Foto Perak TBG
A
A
A

PERAK II tetap bersemangat untuk menamatkan saingan Liga Premier musim ini dalam kelompok terbaik selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan membatalkan kempen Piala FA dan Piala Cabaran akibat pandemik Covid-19.

Ketua Jurulatih Perak II, Abu Bakar Fadzim berkata, pembatalan kempen Piala FA dan Piala Cabaran memberikan peluang kepada anak-anak buahnya memberikan fokus kepada saingan Liga Premier yang kini hanya berbaki tujuh perlawanan berdasarkan kepada perancangan baharu MFL.

“Kita terima keputusan MFL ini (membatalkan Piala FA dan Piala Cabaran) kerana jika diteruskan juga mungkin banyak halangan yang berlaku, apatah lagi dengan situasi semasa (pandemik Covid-19).

“Bagi saya kita terpaksa sesuaikan keadaan dengan apa juga idea daripada MFL kerana sebagai pasukan feeder, kita banyak berkolaborasi dengan pasukan utama,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Aksi menarik daripada pemain Perak II pada aksi berdepan Pulau Pinang sebelum ini. - Foto Perak TBG
Aksi menarik daripada pemain Perak II pada aksi berdepan Pulau Pinang sebelum ini. - Foto Perak TBG

Selepas mengharungi empat perlawanan, Perak II menghuni tangga tercorot apabila sekadar meraih satu mata selepas mengalami tiga kekalahan dan seri sekali ketika berdepan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, kekurangan satu kuota pemain di barisan serangan musim ini telah membuka peluang kepada pemain tempatan untuk bergandingan dengan awang import sedia ada.

“Saya anggap ini satu perkembangan baik buat penyerang tempatan Perak II kerana kebanyakan pasukan lain menggunakan kedua-dua penyerang import bagi mengetuai jentera serangan masing-masing.

Artikel Berkaitan:

“Penyerang tempatan itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dalam setiap perlawanan setakat ini. Ini memberikannya pengalaman dan pendedahan berguna apabila dapat beraksi bersama pemain import,” ujarnya.