PM zahir ucapan terima kasih!

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan selamat dan doa sempena ulang tahun kelahirannya ke-73, hari ini.

Dalam catatan terbaru di laman Facebooknya, Muhyiddin turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dikurniakan umur yang panjang.

“Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya kecapi hidup, dan diberi kesempatan untuk menikmati segala limpah rahmat-Nya bersama keluarga tercinta, sanak-saudara, rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia.

“Semoga ALLAH SWT memakbulkan dan memperkenan segala doa kita semua agar dilindungi daripada wabak Covid-19 serta memberi kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kita semua untuk menghadapi dugaan mencabar ini. Mudah-mudahan ALLAH SWT permudahkan perjuangan kita semua dalam mencari keredaan-NYA,” menurut catatan itu.

Catatan terbaru Perdana Menteri di laman Facebooknya hari ini.
Catatan terbaru Perdana Menteri di laman Facebooknya hari ini.

Muhyiddin turut mendoakan agar rakyat diberikan kesejahteraan serta menikmati kesenangan hidup di dunia dan akhirat, dan semoga rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan sentiasa hidup dalam suasana harmoni, bersatu padu serta sayang-menyayangi.

“Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada saudara-saudari yang telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan saya. Tidak mungkin dapat saya jawab satu persatu. Sekali lagi terima kasih,” katanya.

Catatan itu mendapat lebih 24,000 'likes’ dan dibanjiri komen serta ucapan selamat hari lahir untuk Muhyiddin.

Artikel Berkaitan:

Antaranya, pemilik akaun Facebook Zaida Rahanim menulis: “Selamat ulang tahun kelahiran ayahanda PM dikasihi.. Semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan dalam menjalankan tugas demi negara tercinta".

Nur Aatiqah Musa pula mengucapkan: “Selamat ulang tahun kelahiran TSMY..semoga panjang umur n sentiasa terus sihat utk terus terajui negara yg penuh cabaran...sy doakan PM sekeluarga diberi perlindungan n kesejahteraan dunia akhirat....TQ PM".

Seorang lagi pengguna laman sosial itu, Syahir Ahmad menulis: “Happy birthday Tan Sri..semoga ALLAH sentiasa merahmatimu dan mengurniakan kesihatan yg baik untuk terus mentadbir negara". - Bernama