Covid-19: Kes positif di Indonesia 16,496, kematian 1,076

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 460 kes, diikuti Jawa Timur (178 kes), Jawa Barat (100), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Foto 123RF

A
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 16,496 kes, dengan 33 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, jumlah kematian akibat virus itu kini meningkat kepada 1,076 orang sejak kematian pertama berlaku pada 11 Mac lepas.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 490 kes baharu dilaporkan, manakala pesakit yang masih dalam pengawasan virus itu berjumlah 34,360 orang," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan di YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 460 kes, diikuti Jawa Timur (178 kes), Jawa Barat (100), Jawa Tengah (70) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: