Projek Kasih Ramadan bantuan kepada asnaf

Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun yang tertera.
Sumbangan boleh dihulurkan ke akaun yang tertera.
A
A
A

SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kini giat mengedarkan bantuan makanan kering dan bekalan berbuka puasa kepada 15,000 keluarga asnaf di seluruh negara di bawah Projek Kasih Ramadan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia membabitkan agihan makanan kering kepada 5,000 keluarga miskin dan bekalan berbuka puasa untuk 10,000 fakir miskin.

Katanya, berikutan itu pihaknya masih mengharapkan sumbangan orang ramai bagi mengisi tabung projek berkenaan.

Selain itu beliau memberitahu, sepanjang Ramadan Mapim turut membantu memberi makanan kepada petugas barisan hadapan, anak yatim, rumah kebajikan, pondok dan pusat tahfiz.

“Pendekatan Mapim ialah membantu, membela, memperkasa dan membangunkan ummah terutama mereka yang daif, tertindas dan terpinggir.

“Mapim membantu ummah dan masyarakat untuk keluar daripada kemiskinan, mendapat keadilan dan keselamatan sosial serta membantu mereka yang menghadapi kecemasan dan bencana alam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Mapim menyasarkan golongan asnaf (miskin tegar, gelandangan, anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal), penuntut miskin dan komuniti daif yang memerlukan bantuan.

Artikel Berkaitan: