X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Beberapa masjid di Selangor jalankan solat Jumaat

Tinjauan yang dijalankan di beberapa masjid hari ini termasuk Masjid Seksyen 7 Shah Alam.
A
A

SHAH ALAM - Beberapa masjid mula melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah di beberapa masjid selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah yang memberi kebenaran kepada ahli jawatankuasa masjid dan imam untuk mendirikan solat Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Diraja serta Masjid Daerah bermula hari ini.

Antaranya termasuklah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, masjid diraja dan beberapa buah masjid daerah di negeri ini pada hari ini.

Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan melakukan sebarang liputan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah khususnya di bahagian dalam masjid begitu juga ketika tinjauan dibuat di Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16 di sini.

Terdahulu, melalui perkenan Sultan Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad berkata, hanya ahli jawatankuasa (AJK) masjid dan imam saja yang dibenarkan iaitu seramai tiga hingga maksimum 12 orang.

Menurutnya, perkenan itu diberikan setelah Sultan Selangor mengadakan perbincangan bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor dan JAIS bagi mendapatkan pandangan dari hukum syarak berhubung pelaksanaan itu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!