Padah tak pakai topi keledar

Antara individu yang disaman kerana tidak memakai topi keledar. (Gambar: IPD Kemaman)
Antara individu yang disaman kerana tidak memakai topi keledar. (Gambar: IPD Kemaman)
A
A
A

KEMAMAN - Seramai 382 individu termasuk 70 wanita disaman dalam tempoh empat hari Op Kepala Batu yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, daripada jumlah itu, 60 saman dikeluarkan semalam dalam operasi yang bermula antara jam 2 petang hingga 6.30 petang.

"Operasi ini dilakukan di enam lokasi iaitu Binjai, Geliga, Kemasik, Cheneh, Seri Bandi dan Bukit Kuang dengan majoriti yang disaman berusia antara 16 hingga 30 tahun.

"Antara alasan mereka ialah hanya keluar sekitar kawasan rumah, tidak sempat pakai topi keledar dan menunggang di kawasan kampung sahaja.

"Sebelum operasi bermula Isnin lalu, pihak polis sudah memberi nasihat kepada masyarakat selama dua hari mengenai kepentingan memakai topi keledar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebahagian daripada individu yang disaman dalam Op Kepala Batu. (Gambar:IPD Kemaman)
Sebahagian daripada individu yang disaman dalam Op Kepala Batu. (Gambar:IPD Kemaman)

Jelas Hanyan, Op Kepala Batu memang difokuskan kepada pemakaian topi keledar sahaja dan pihaknya memberi peluang bagi kesalahan lain seperti tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Katanya, penguatkuasaan itu dibuat setelah melihat masih ramai yang memandang remeh isu keselamatan terutama berkaitan pemakaian topi keledar.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap operasi ini dapat mendidik masyarakat kerana penggunaan topi keledar bukan sahaja ada dalam undang-undang lalu lintas tetapi penting untuk keselamatan," katanya.