Nikmat paling besar dapat solat Jumaat di masjid: MB

Solat Jumaat pertama diadakan di Masjid Negeri ketika tempoh PKP.
Solat Jumaat pertama diadakan di Masjid Negeri ketika tempoh PKP.
A
A
A

SEREMBAN - "Ini saya anggap sebagai nikmat paling besar dalam hidup saya." Demikian kata Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau antara 10 jemaah lain termasuk Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEIANS), Mohd Zaidi Ramli menunaikan solat Jumaat buat pertama kalinya di Masjid Negeri di sini, selepas lebih sebulan tidak dibenarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, kesempatan menunaikan solat Jumaat hari ini turut dianggap sebagai sejarah dalam hidup beliau dan individu lain yang berpeluang melaksanakannya selari dengan pengumuman kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) semalam yang memberi kebenaran mendirikan solat Jumaat dan solat Aidilfitri di masjid dan surau terpilih di negeri ini.

Aminuddin (dua dari kanan) menyertai solat Jumaat di Masjid Negeri bersama 10 jemaah lain.
Aminuddin (dua dari kanan) menyertai solat Jumaat di Masjid Negeri bersama 10 jemaah lain.

"Bila saya diberitahu oleh Pengarah JHEAINS untuk sertai solat Jumaat di masjid dengan 11 jemaah lain, saya rasa terharu.

"Bila dapat peluang ini, saya nak cakap terima kasih ALLAH," katanya.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Negeri, Dr Muhammad Yusry Mazlan turut melahirkan rasa syukur dan perasaan gembira kerana telah dapat kembali ke masjid menunaikan solat Jumaat.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Katanya, meskipun terhad kepada 12 jemaah sahaja terdiri daripada ahli jawatankuasa masjid, namun ia sudah cukup menggembirakan.

"Kita syukur dapat sujud beramai-ramai walaupun jumlah jemaah dibenarkan tidak seperti kebiasaan solat Jumaat. Bacaan khutbah, wirid dan doa juga dipendekkan," katanya.

Beliau berkata, jemaah juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan ditetapkan sebelum dibenarkan masuk dengan menjalani pemeriksaan suhu badan, memakai cecair pembasmi kuman disediakan serta mengisi borang kehadiran.