Covid-19: 36 kes baharu, tiada kematian direkodkan hari ini

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 36 kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes itu meningkat kepada 6,855.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 28 kes melibatkan bukan warga Malaysia.

"Sebanyak 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dan telah discaj dari wad ialah sebanyak 5,439 kes atau 79.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya pada pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama Dr Noor Hisham memaklumkan tiada kematian baharu direkodkan hari ini.

Justeru katanya, kumulatif kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 112 kes.

Artikel Berkaitan: