Media mampu lebih bebas

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PRESTASI kedudukan dari segi Kebebasan Media Malaysia telah bertambah baik mengikut Laporan World Press Freedom Index 2020, di mana Malaysia telah menduduki tangga ke-101/180 berbanding tahun 2019 iaitu di tangga 123 dan pada tahun 2018 iaitu di tangga 145.

Ini adalah satu prestasi yang amat menggalakkan iaitu melompat hampir 44 ke atas di dalam tempoh dua tahun ini.

Ia adalah satu kejayaan bagi Malaysia, Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2020 membawa tema ‘Journalism without Fear or Favour’.

Reporters Without Borders (RSF) turut melaporkan Malaysia mendahului negara-negara ASEAN lain dan menunjukkan peningkatan ketara di dalam kebebasan media.

Ada beberapa perkara penting yang harus ditekankan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia buat masa ini untuk terus menyahut cabaran kebebasan akhbar/media tempatan bagi kita memperbaiki lagi prestasi kebebasan media Malaysia.

Pertama, persoalan bagaimana media kita dapat encounter pemberitaan antarabangsa dan kepantasan kita respond terhadap pemberitaan antarabangsa itu amat penting.

Untuk itu media Malaysia harus bebas untuk bergerak ke hadapan. Kita tidak mahu reputasi negara terjejas dengan penyampaian maklumat oleh sumber-sumber yang tidak sahih dan tidak rasmi dari negara kita kepada sumber-sumber media asing di luar negara.

Mungkin sumber berkenaan adalah pendapat peribadi dan bukannya menggambarkan keadaan sebenarnya posisi Malaysia terhadap sesuatu isu. Ini adalah satu komitmen yang besar untuk landskap media perdana Malaysia kerana pemberitaan asing selalunya menekankan isu-isu politik negara yang meletakan di persada antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

Adakah kita bersedia untuk pemantauan berkenaan? Lebih-lebih lagi kalau berkaitan dengan isu ekonomi yang membabitkan pemberitaan kedua-dua negara.

Kedua, soal status adaptasi media Malaysia terhadap digital teknologi maklumat di mana hampir kesemua produksi/penerbitan berita berubah ke arah digital pada hari ini.

Namun setakat manakah performa ini dijalankan dan apakah status migrasi media perdana ke arah pendigitalan dijalankan. Kedua, bagaimana mengubah persepsi rakyat bahawa media perdana hanya melaporkan membelahi sesuatu pihak dan permintaan terhadap penyeimbangan berita.

Kita tidak boleh menggalakkan satu situasi di mana rakyat mendahagakan maklumat dan langsung tidak mempercayai pemberitaan media perdana.

Ia sebelum ini sudah pun terbukti di dalam beberapa peristiwa penting yang berlaku yang mana ia turut menyumbang punca populariti platform-platform media sosial di kalangan rakyat Malaysia yang mana membawa penularan berita-berita palsu bukan setakat di dalam negara malah di luar negara.

Kita sudah melihat bagaimana media Malaysia telah memainkan peranan yang penting sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk menangani penularan wabak Covid-19 di mana mereka berdiri sebarisan dengan frontliners seperti doktor, jururawat dan anggota-anggota badan beruniform lain berdiri sebaris menjalankan tugas mereka dan membuat laporan tanpa mengira keadaan.

Badan pemantau

Sebelum ini, penulis sudah banyak kali sudah menekankan berhubung penubuhan Majlis Media menyatakan bahawa usaha menubuhkan badan pengawal seliaan media bebas ini sudah diperjuangkan oleh pengamal-pengamal media tempatan sejak sekian lama bagi mendukung standard kewartawanan, menaikkan tahap profesionalisme, dan menyediakan ruang untuk arbitrasi aduan awam.

Langkah seterusnya adalah untuk menjadikan badan pengawal seliaan itu sebagai suatu realiti.

Penubuhan majlis media yang terbuka, bertanggungjawab dan telus dapat membantu membina keyakinan terhadap media, menyumbang kepada kredibiliti organisasi media berita khususnya media perdana.

Majlis ini harus disegerakan memandangkan dua faktor utama iaitu melindungi dan menaik tarafkan profesion kewartawanan media perdana; khususnya cabaran digital yang terpaksa mereka tempuhi dari segi pemberitaan serta impak platform-platform media sosial yang memberikan satu tekanan yang amat mendalam bukan sahaja trend media sosial yang banyak ke arah politik kebencian dan elemen-elemen hasutan dan fitnah malah ditambahi juga dengan faktor-faktor berita palsu yang mempunyai elemen mis-information, dis-informtion dan mal-information.

Menurutnya, penubuhan majlis media akan meningkatkan lagi imej, kualiti dan profesionalisme industri media Malaysia.

Kredibiliti dan sumber

Di dalam cabaran media sosial yang pantas maklumatnya dan kesahihannya kandungannya diragui, media massa dan golongan wartawan arus perdana masih relevan sebagai penjana berita semasa. Namun, soal krebiliti yang perlu ditekankan.

Sekiranya, kredibiliti dan transperancy dari segi pemberitaan wujud, sudah tentunya rakyat akan merujuk kembali kepada media perdana untuk kesahihan sumber.

Di negara-negara jiran seperti Singapura and Indonesia, tidak ada platform media talian persendirian yang meraih populariti kerana rakyat percaya terhadap pemberitaan media arus perdana.

Persoalan siapa yang harus mengendalian majlis ini ialah ia harus dikendalikan sepenuhnya oleh pengamal media mahupun persatuan-persatuan media yang sedia ada seperti MPI, MNPA, IOJ, NUJ bagi mengelak timbulnya prasangka dalam kalangan masyarakat terhadap fungsi sebenar badan bebas ini nanti.

Ia bagi memastikan badan pengawal selia media itu digerakkan berasaskan konsep dipacu oleh industri dan bukan didorong haluan oleh kerajaan.

Kita tidak mahu nanti masyarakat berasa media masih dikawal oleh kerajaan. Mereka yang mengendalikan majlis ini datangnya daripada komuniti wartawan itu sendiri.

Ditambahi dengan satu unit khas atau bahagian pengurusan pematuhan media perlu dibentuk menerusi majlis itu bagi mendengar rungutan berhubung laporan yang tidak seimbang atau berat sebelah.

Bagi menjaga integriti profesion kewartawanan, agaknya lebih baik kita membuat kawalan dalaman daripada kita dikawal dari luar.

Kawalan menerusi akta

Majlis Media juga boleh berperanan sebagai satu badan yang boleh mengawal selia dan menetapkan peraturan supaya boleh dirujuk oleh wartawan dan editor di bawah satu payung.

Kedua, bagi menyahut cabaran penularan berita palsu tibalah masa bagi kerajaan untuk menimbal semula kewujudkan cadangan mewujudkan kembali Akta Antiberita Tidak Benar mungkin boleh difikirkan semula yang dikhaskan hanya untuk mengekang berita palsu.

Persoalan menangani bagaimana untuk menangani berita palsu ini penting. Apatah lagi di waktu krisis penularan wabak Covid 19 atau sebarang bencana.

Mana-mana pihak agar tidak mengeluarkan fakta atau kenyataan yang boleh mengundang panik kalangan rakyat dalam keadaan negara menghadapi penularan koronavirus.

Akta Antiberita Tidak Benar tidak harus dilengahkan kerana makin kita lengahkan banyak makin banyak berita-berita palsu akan bakal akan wujud dalam haox di konteks Malaysia.

Trend ini sudah pun menular di negara-negara Amerika Syarikat sehingga begitu banyak himpunan laman-laman haox.

Perlu kita usahakan kembali akta ini dan jangan lihat sebagai ia sebagai pembatas kebebasan bersuara.

Ini sekaligus akan meningkatkan kredibiliti pemberitaan media perdana juga kerana rakyat hanya akan merujuk kepada pemberitaan yang sahih.

*** Penulis adalah Penganalisis Politik & Media Sosial, Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, UiTM Shah Alam