47 rakyat Thailand dibenar pulang

Sempadan antara Malaysia dan Thailand di Pengkalan Hulu. Gambar kecil: Zulkepli
Sempadan antara Malaysia dan Thailand di Pengkalan Hulu. Gambar kecil: Zulkepli
A
A
A

PENGKALAN HULU - Seramai 47 rakyat Thailand dibenarkan pulang ke negara mereka melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di sini hari ini.

Mereka berusia dalam lingkungan empat hingga 63 tahun dibenarkan pulang secara berperingkat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintendan Zulkepli Ibrahim berkata, mereka terdiri daripada 15 lelaki, 29 wanita dan tiga kanak-kanak dibenarkan pulang setelah mendapat sijil perjalanan daripada pihak kedutaan atau pejabat konsulat.

“Mengikut senarai, 50 warganegara itu telah dibenarkan pulang tetapi tiga individu telah gagal menghadirkan diri hari ini.

"Bagaimanapun, tempoh pergerakan rakyat Thailand sepatutnya tamat hari ini sekali lagi dilanjutkan sehingga 31 Mei ini. Mereka boleh pulang dalam tempoh tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini.

Menurutnya, mereka yang melalui pintu sempadan Betong, Yala itu diwajibkan untuk membuat ujian saringan awal kesihatan di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Artikel Berkaitan: