Seorang wanita positif Covid-19 di PKPD Pasar Jalan Othman

Sepasukan anggota pihak berkuasa termasuk dari pihak polis melakukan pengesanan terhadap para penghuni di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Othman ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
Sepasukan anggota pihak berkuasa termasuk dari pihak polis melakukan pengesanan terhadap para penghuni di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Jalan Othman ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA – Seorang wanita warga tempatan berusia 28 tahun disyaki positif koronavirus (Covid-19) selepas menjalani saringan di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pasar Jalan Othman.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, wanita berkenaan mempunyai kontak rapat dengan empat ahli keluarganya.

“Sebanyak 1,300 keputusan saringan sampel Covid-19, hanya satu sahaja positif Covid-19.

"Individu itu telah dibawa ke Pusat Kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang, manakala empat lagi ahli keluarganya masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Nik Ezanee berkata, seramai 2,156 orang telah disaring melibatkan 1,557 warga tempatan dan 599 warga asing.

“Saringan di Zon A, B dan C telah selesai 100 peratus dan kini kita sedang menunggu keputusan saringan,” katanya.

Nik Ezanee memaklumkan, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi bilik gerakan PKPD pasar Jalan Othman, di talian 013-2666165 yang beroperasi 24 jam.

Kawasan berkenaan diletakkan di bawah PKPD sejak Ahad lalu hingga 23 Mei ini.

Artikel Berkaitan: