Satu kes baharu Covid-19 dikesan di Johor

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

JOHOR BAHRU - Satu kes positif direkodkan semalam di Johor selepas tempoh 14 hari tanpa laporan jangkitan baharu wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut paparan grafik dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Johor hari ini, kes tersebut dilaporkan di daerah Johor Bahru dalam Mukim Plentong.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, pertambahan kes baharu itu sekali gus meningkatkan jumlah kumulatif kes positif kepada 668 kes.

R Vidyananthan
R Vidyananthan

"Daripada jumlah itu, 146 kes ialah kes aktif manakala tiada kes kematian direkodkan pada 14 Mei menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal sebanyak 19 orang.

"Jumlah kes kumulatif sembuh pula merekodkan sebanyak 503 kes. Diharapkan statistik kes sembuh dan discaj bagi negeri Johor akan terus meningkat untuk hari berikutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Vidyananthan berkata, walaupun fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) memasuki hari ke-12, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysiamasih komited melaksanakan operasi sanitasi awam bagi mengekang penularan virus Covid-19 di premis-premis awam.

Jelasnya, secara keseluruhan, operasi berkenaan telah dilaksanakan di 1,903 lokasi bermula 27 Mac sehingga semalam merangkumi 730 bangunan kerajaan, rumah ibadat (144), tempat awam (456) dan lain-lain (573).

Artikel Berkaitan: