Sanusi keluar Wisma Darul Aman selepas menghadap Sultan Kedah

Muhammad Sanusi tersenyum kepada pengamal media selepas keluar dari Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Muhammad Sanusi tersenyum kepada pengamal media selepas keluar dari Wisma Darul Aman di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Kenderaan yang membawa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada jam 10.40 pagi selepas menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di sini hari ini.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenai pertemuan berkenaan, Muhammad Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri dari parti Pas hanya membuat isyarat diam dan enggan mengulas lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhammad Sanusi ganti Mukhriz?

Hilang kepercayaan terhadap Mukhriz, PN ambil alih Kedah

Cadangan Mukhriz hanya taktik

Terdahulu, Sultan Sallehuddin tiba di Wisma Darul Aman pada jam 10 pagi tadi bagi menerima menghadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perikatan Nasional (PN) dan juga dua ADUN bebas.

Antara ADUN yang kelihatan memasuki Wisma Darul Aman pagi tadi ialah Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Pas-Tokai), Datuk Siti Ashah Ghazali (Pas- Merbau Pulas) dan ADUN UMNO iaitu Datuk Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan Datuk Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu).

Sementara itu, kehadiran ADUN daripada Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) belum kelihatan setakat ini.

Artikel Berkaitan:

AKAN MENYUSUL