Lelaki 'lalok' bakar kereta depan IPK Kelantan

Kereta yang terbakar di hadapan pintu utama IPK lewat petang semalam.
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki 'lalok' bertindak membakar sebuah kereta jenis Naza Bestari berhampiran pintu masuk utama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di Jalan Bayam di sini, lewat petang semalam.

Kejadian dilakukan suspek berusia 43 tahun pada jam 7.30 petang.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan mencurahkan minyak petrol di dalam kereta dan menyalakan api sebelum melarikan diri.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan polis pada jam 9.45 malam tadi.

Semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod lampau termasuk samun dan pernah dikenakan Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia