JKNT nafi kes Covid-19 di Pasar Borong Gong Pauh

Dr Nor Azimi (kiri) turut hadir meninjau ujian saringan Covid-19 di Pasar Borong Gong Pauh. - Foto JKNT
Dr Nor Azimi (kiri) turut hadir meninjau ujian saringan Covid-19 di Pasar Borong Gong Pauh. - Foto JKNT
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menafikan maklumat yang tular di Facebook kononnya terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Pasar Borong Gong Pauh di sini iaitu dalam kalangan pemandu lori sayur dari Selayang, Selangor.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, sebenarnya aktiviti saringan yang dijalankan terhadap peniaga di pasar berkenaan hari ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif dilakukan pihaknya untuk mencegah penularan wabak itu di negeri ini.

"Pihak jabatan menafikan sepenuhnya kenyataan yang tular itu...saringan tersebut dilakukan untuk mengekalkan status zon hijau di Terengganu.

"Pasar Borong Gong Pauh dipilih sebagai lokasi saringan kerana ia berisiko sebagai pusat penularan memandangkan ia merupakan tempat tumpuan ramai dan sentiasa sesak dengan pengunjung," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, JKNT meminta orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak sahih dan tidak benar yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Pasar Borong Gong Pauh jalani ujian Covid-19

Artikel Berkaitan: