X

Kindly register in order to view this article
!

Kes jangkitan pertama Covid-19 di kem pelarian Rohingya

Keadaan kem yang sesak dan tidak dilengkapi sistem kebersihan menyebabkan hampir sejuta pelarian Rohingya berisiko dijangkiti Covid-19. - Foto AFP
A
A

COX'S BAZAR - Dua pelarian Rohingya menjadi individu pertama disahkan positif koronavirus (Covid-19) di kem sesak yang menempatkan golongan itu di daerah Cox's Bazar, Bangladesh, menurut pihak berkuasa hari ini.

Penyelaras kesihatan tempatan, Abu Toha Bhuiyan berkata, kedua-dua individu tersebut telah diasingkan dan pihak berkuasa kini meningkatkan langkah pencegahan dan ujian saringan.

Jangkitan pertama itu dilaporkan selepas pihak berkuasa melaksanakan langkah lockdown di seluruh Cox's Bazar selepas sejumlah kes direkodkan di daerah tersebut pada awal April lalu.

Pihak berkuasa juga mengarahkan agensi bantuan supaya mengurangkan penempatan anggota mereka sehingga 80 peratus sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebelum ini, pakar kesihatan pernah memberi amaran tentang penularan wabak itu di kem sesak tersebut yang dihuni hampir sejuta pelarian Rohingya.

Pemerintah menguatkuasakan langkah lockdown di seluruh negara sejak 26 Mac lalu namun jumlah kes jangkitan dilaporkan meningkat secara mendadak sejak beberapa hari lalu dan kini mencatatkan lebih 18,800 kes jangkitan dan 283 kematian. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus