Nizam Mydin dilantik Setiausaha Dewan Rakyat

Nizam Mydin Bacha Mydin dilantik sebagai Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu berkuat kuasa 13 Mei 2020.
Nizam Mydin Bacha Mydin dilantik sebagai Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu berkuat kuasa 13 Mei 2020.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan di Jabatan Perdana Menteri, Nizam Mydin Bacha Mydin dilantik sebagai Setiausaha Dewan Rakyat yang baharu berkuat kuasa 13 Mei 2020.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof berkata, pelantikan baharu itu bagi menggantikan Riduan Rahmat yang akan bertukar tugas sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Dewan Negara.

“Bagi pihak kerajaan dan Parlimen, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Riduan atas segala khidmat dan sumbangan sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai Setiausaha Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia Yang Ke-13 sejak 22 Februari 2020 yang lalu,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Berasal dari Selangor, Nizam adalah graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Undang-undang dari Universiti Monash, Australia.

Ketika ini beliau sedang mengikuti pengajian Doktor Falsafah (PhD) Undang-undang pengkhususan dalam bidang Parlimen di Fakulti Undang-undang di Universiti Malaya.

Beliau juga telah berkhidmat dalam beberapa perkhidmatan awam pada 2005 di Jabatan Perdana Menteri sebelum menjadi Peguambela, Peguamcara dan Peguam Sharie selama tiga tahun.

Jawatan terakhir beliau sebelum pelantikan baharu itu ialah Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Hal Ehwal Perlembagaan dan Parlimen, Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan: