X

Kindly register in order to view this article
!

Senaraikan doa untuk senang dibaca: Ashraf Muslim

Ashraf berkongsi amalan yang diamalkannya pada 10 malam terakhir puasa pada Wacana Sinar Khas Ramadan bertajuk 'Kalau Kutahu Itulah Lailatul Qadar' hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Orang Islam digalakkan menyenaraikan doa yang mahu dibaca sepanjang 10 malam terakhir Ramadan sebagai usaha agar doa berkenaan dimakbulkan ALLAH SWT.

Pelakon dan Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia, Ashraf Muslim berkata, doa-doa itu perlu disenaraikan agar ia mudah dibaca dan diingati terutama ketika sujud akhir di dalam solat.

"Kita juga kena perincikan doa yang hendak dibaca misalnya kalau mahu murahkan rezeki, ia perlu diminta dengan jelas.

"Perkara ini perlu kita amalkan atau praktikkan agar apa yang kita hajati dapat dimakbulkan. Apabila kita jadikan ia amalan, takkanlah dalam 10 doa yang kita panjatkan, tiada langsung doa yang ALLAH makbulkan," katanya selaku panelis pada Wacana Sinar Khas Ramadan bertajuk 'Kalau Kutahu Itulah Lailatul Qadar' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian iaitu portal, Facebook, YouTube dan Twitter di sini hari ini.

Wacana itu turut menampilkan pendakwah, Cik Man sebagai panelis dan dikendalikan moderator yang juga personaliti televisyen popular, Irma Hasmie.

Berkongsi lanjut, Ashraf berkata, perkara itu turut diamalkannya terutama pada 10 malam terakhir Ramadan di mana umat Islam digalakkan melipat gandakan ibadat.

Menurutnya, pada 10 malam terakhir itu, orang Islam perlu bersungguh-sungguh melakukan ibadat dan memperbanyakkan amalan sunat.

Malah katanya, sejak lima tahun lalu, beliau menolak tawaran penggambaran pada Ramadan bagi memberi tumpuan beribadat sepanjang bulan puasa terutama pada 10 malam terakhir.

"Walaupun saya tolak tawaran tapi saya yakin rezeki akan tetap datang dan ia datang dalam pelbagai bentuk," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!